02 November 2010

SOALAN - SOALAN LAZIM BAGI URBAN DESIGN (TRP 266)

1.    Identified 10 aspects need to be considered in design a urban design open space. (Senaraikan 10 aspek yang perlu dalam merancang rekabentuk kawasan terbuka.)

Kawasan terbuka atau lapang merupakan kawasan yang perlu disediakan dalam setiap pembangunan dijalankan. Mengikut piawaian perancangan, keluasan kawasan lapang yang perlu disediakan adalah sepuluh peratus dari keseluruhan tapak yang dibangunkan. Kawasan ini tidak boleh dibangunkan dengan sebarang pembangunan kekal. Walau bagaimanapu, pengiraan kawasan lapang tidak hanya tertumpu kepada kawasan yang tiada pembangunan tetapi boleh diambil sebanyak 3% daripada kawasan tertentu. Kawasan yang dimaksudkan adalah kolam takungan banjir, rezab rintis laluan voltan tinggi elektrik, pusat rekreasi bandar (jika termasuk didalam kawasan pembangunan) dan sebagainya. Kawasan terbuka mempunyai beberapa aspek yang perlu diambil kira dalam merekabentuk sesebuah kawasan terbuka. Antaranya :

      i.        Keperluan

Sebagai insan kita sentiasa berinteraksi dengan alam semula jadi. Oleh yang demikian, keperluan kawasan terbuka yang patut disediakan dalam sesuatu pembangunan bagi memastikan interaksi tersebut terus terjalin. Keluasan kawasan terbuka adalah merujuk kepada piawaian yang telah ditetapkan. Dengan ini dapat kita fahami bahawa kawasan terbuka dianggap keperluan kerana dalam setiap pembangunan yang dijalankan mesti mempunyai satu kawasan hijau atau terbuka bagi menjamin suasana semulajadi dan interaksi antara manusia dengan alam dan sesama manusia bagi sesuatu tapak tersebut. Secara tidak langsung mengekalkan ciri – ciri fizikal kawasan terbuka tersebut.

    ii.        Menghormati

Perletakkan kawasan terbuka perlulah menghormati kawasan disekelilingnya. Perkara ini bagi mengelakkan konflik gunatanah sebagai contoh kawasan terbuka tidak boleh diletakkan di kawasan bulatan jalan kerana akan mengganggu aliran trafik dan mengundang bahaya kepada penggunanya. Kawasan terbuka yang disediakan perlu menghormati kawasan disekelilingnya dan sebaliknya. Keadaan ini mampu mencegah daripada kawasan tersebut “mati” tanpa sebarang pengunjung yang mungkin disebabkan faktor suasana bising dan bau busuk jika bersebelahan dengan kawasan kilang.

   iii.        Heirarki

Bagi menyediakan kawasan terbuka, skala pembangunannya perlulah diketahui melalui kawasan terbuka sediada dan bakal wujud disekelilingnya. Oleh yang demikian, dapat dipastikan skala dan lokasi kawasan terbuka agar sesuai dan sempadan dengan jumlah pembagunan dan  masyarakat yang bakal datang ke sana. Kawasan ini juga perlu dititikberatkan pertalian penggunan dengan ruang dan persekitaran bagi kawasan yang dipilih untuk menyediakan kawasan terbuka.  

   iv.        Harmoni

Keadaan yang harmoni perlu wujud dalam penyediaan kawasan terbuka memberi ketenangan atau keadaan perasaan yang selesa kepada pengunjungnya. Keharmonian kawasan ini dapat dijelaskan atau dapat ditunjukkan dalam pemilihan elemen – eleman keperluan seperti kemudahan. Keharmoninya sesebuah kawasan lapang dapat dilihat melalui keselesaan oleh pengunjungnya.

    v.        Terlindung

Dalam menentukan perletakkan kawasan terbuka, aspek terlindung daripada sebarang pencemaran dan perkara yang dapat menguwudkan kacauganggu terhadap kawasan tersebut. Dengan ini akan wujud suasana tenang dan selamat baik dari sudut kawasan terbuka mahupun pengunjung itu sendiri. Antara kaedah kawalan yang boleh digunapakai adalah penyediaan kawasan landskap sebagai dinding antara kawasan terbuka dengan sekitar.

   vi.        Landskap

Pengindahan kawasan terbuka perlu dijalankan bagi memberi suasana yang lebih nyaman dan ceria. Lanskap yang dipilih haruslah bersesuaian dengan keadaan kawasan tersebut baik dari sudut tema mahupun konsep yang cuba ditonjolkan.
Penyediaan landskap ini tidak hanya bergantung kepada landskap lembut seperti pemilihan pokok berwarna, bersaiz yang sesuai dan sebagainya. Akan tetapi landskap kejur seperti elemen air dan batu yang sesuai turut menyumbang kepada menghidupkan lagi kawasan terbuka tersebut. Dalam keadaan ini, emosi pengunjung akan menjadi lebih tenang.
 
  vii.        Perabot jalan
Elemen – eleman ditepi jalan juga penting bagi memberi suntikkan baik untuk mangceriakan kawasan mahupun memberi kemudahan kepada pengguna yang menggunakan kawasan terbuka tersebut. Perabot jalan seperti kerusi, papan tanda,  lampu dan tong sampah mampu memberi keselesaan kepada pengunjung dan kebersihan kawasan terbuka.

viii.        Bahan binaan

Pemilihan bahan binaan dalam kawasan terbuka penting bagi memastikan kawasan terbuka tidak kaku dan mencacatkan pemandangan. Bahan binaan juga perlu  seperti untuk laluan pejalan kaki, kerusi dan pondok atau wakaf di kawasan terbuka tersebut. Walau bagaimanapun, kepelbagaian jenis bahan binaan amat digalakkan bagi memberi keharmohian dan interaksi antara setian elemen.

   ix.        Beridentiti

Kawasan terbuka yang disediakan perlu mempunyai identiti sendiri. Perkara ini mungkin dipengaruhi oleh sejarah mahupun fungsi sesuatu kawasan tersebut. Kita dapat melihat identiti yang cuba ditonjolkan suatu kawasan terbuka melalui rekabentuk pintu masuk, ruang berkumpul (focal point) mahupun jenis bahan binaan. Identiti yang dizahirkan juga dapat diaplikasi melalui konsep dan tema tertentu agar rekabentuk kawasan terbuka menjadi lebih menarik.

    x.        Fizikal

Daripada keseluruhan aspek rekabentuk bandar yang telah dibincangkan, terdapat satu lagi aspek yang perlu diberi penakanan iaitu fizikal kawasan terbuka tersebut. Hal ini didorong oleh keadaan semulajadi kawasan terbuka itu sendiri seperti topografi, badan air dan flora. Jika perlu kepada pengekalan terhadap elemen sensitif tersebut, maka perlu dijalankan pemuliharaan semula tapa memberi perubahan besar kepada kawasan terbuka tersebut.

2.    Give 5 principles of urban design (Berikan 5 prinsip rekabentuk bandar)

                      i.        Menghormati keadaan semulajadi di tapak atau kawasan bandar

Dalam merekabentuk bandar perlu dipastikan keadaan semulajadi tapak terlebuh dahulu. Hal ini bagi menjamin keadaan tapak yang baik dan mampu untuk menghomati daripada perkara – perkara sensitif. Langkah ini juga dapat mencegah daripada berlakunya sebarang kerosakkan dan pencemaran kepada kawasan bandar dan sekitar.

                    ii.        Menyediakan kesinambungan, tutupan, dan pinggiran yang berterusan

Setiap rekabentuk yang dijalankan haruslah dapat memberi kesinambungan antara sesuatu tempat dengan tempat yang lain. Bagi kawasan yang boleh mencacatkan bandar, penutupan dan peminggiran  perlu bagi melindunginya daripada pandangan umum. Antara kaedah yang biasa digunakan adalah dengan mengurangkan fungsi kawasan tersebut.

                   iii.        Menyediakan pertalian (linkage)

Pertalian adalah jalan yang disediakan untuk menyambungkan antara dua tempat. Biasanya pertalian yang disediakan adalah jalanraya dan laluan pejalan kaki. Walau bagaimanapun, perkembangan sistem transit turut mengamalkan  kesinambungan terutama untuk pembangunan akan datang. Ada juga pertalian yang menggunakan pokok dalam memberikan bentuk laluan tersebut. Di samping itu juga, barisan tiang atau lampu jalan dijadikan sebagai penanda bagi pertalian tersebut. 

                   iv.        Menggabungkan ruang luar dan dalam bandar

Perekaan sesebuah bandar perlu mempunyai sesuatu yang perlu dalam memastikan pertalian antara ruang luar dan dalam bandar. Gabungan yang baik perlu untuk memastikan hubungan ruang dan dalam dalam keadaan serasi. Percanggahan akan berlaku jika tiada perancangan yang teliti. Hal ini dapat dicegah jika penetapan gunatanah diketahui.


                    v.        Mengatur ruang melalui paksi dan perspektif 

Ruang yang ada dalam rekabentuk bandar perlu diatur dengan baik agar penggunaannya adalah optimum sekaligus mencegah kepada berlakunya pembaziran. Hal ini kerana nilai tanah dalam kawasan bandar adalah lebih tinggi daripada sekitarnya. Ruang ini amat penting unutk mendapatkan keadaan yang serasi dan harmoni. Pengaturan melalui paksi dan perspektif akan memberikan impak yang menarik kepada rekabentuk tersebut.

                   vi.        Menggabungkan ruang terbiar  antara daerah 

Gabungan ruang terbiar perlu dalam rekabentuk bandar untuk memastikan tiada pembaziran ruang. Gabungan ini akan memberikan penggunaan ruang yang baik dan dapat mengelakkan penyalahgunaan ruang oleh perkara yang tidak sepatutnya. Penentuan dan penetapan ruang seawal perancangan mereka bentuk bandar mampu memberi gabungan ruang yang baik.

3.    What are the types of urban form ? Explain and sketches.

                      i.        Berpusat

Rupa bentuk bandar berpusat adalah bentuk bandar yang mempunyai fokus atau  pusat ditengah-tengahnya. Penumpuan aktiviti dijalankan di bahagian tengah bandar tersebut dengan pembangunan berasaskan keutamaan bandar seperti pusat pentadbiran dan pusat membelibelah. Bandar jenis ini akan mengembang secara sekata selari dengan peredaraan masa. Bentuk ini menjalankan pembangunannya dalam lingkungan bangunan yang ditetapkan.

 
1.     BANDAR BERKEMBANG MENGIKUT ANAK PANAH

2.     GARIS BULAT MENUNJUKKAN PERKEMBANGAN SEKATA BANDAR YANG BERPUSAT DI TENGAH - TENGAH









                    ii.        Berbintang

Rupabentuk  sama seperti berpusat kerana ianya juga menjadi tengah bandar sebagai tempat penumpuan. Tetapi bentuk ini tidak mempunyai lingkungan  pembangunan yang ditetapkan sekaligus membentuk perkembangan yang tidak sekata. Bentuk ini dapat menjadi sesebuah kawasan itu menjadi lebih besar kerana ketiadaan had untuk pembangunan yang dijalankan. Kebiasaannya akan lebih cenderung berkembang kepada satu – satu arah yang mempunyai potensi.

1.     BANDAR BERKEMBANG MENGIKUT ANAK PANAH

2.     GARIS YANG LEBIH PANJANG MENUNJUKKAN ARAH PERKEMBANGAN  BANDAR YANG LEBIH PESAT MANAKALA GARISAN PENDEK ADALAH SEBALIKNYA.







  


                   iii.        Linear

Linear bermaksud lurus atau sekata. Pembangunan yang selari dan sejajar ini berkembang atas satu sumber utama seperti sungai atau sistem sirkulasi. Sirkulasi yang selari dan sekata menyebabkan perkhidmatan yang dijalankan hanya berada di sepanjang jalan yang ada. Maka pembangunan bandar tidak berkembang secara meluas tetapi memanjang. Antara bandar yang ketara berkembang dengan cara ini ialah New Delhi dan Bombay,India iaitu berkembang sepanjang jalan keretapi. Di Sungai Ganges, India pula contoh bandaryang berkembang di sepanjang sungai.


                   iv.        Bergrid

Bentuk ini adalah sekata dengan pembahagian petak – petak pembangunan. Dari sudut trafik, bentuk ini menimbulkan terlalu banyak persimpangan yang mampu memberi konflik terhadap aliran trafik.Walau bagaimanapun, perkembangan bandar lebih mudah dilihat dan direzabkan. Bentuk bandar jenis ini telah lama wujud pada awal pembangunan bandar dunia seperti di Hamburabi.



                    v.        Berlapis

Bentuk yang mempunyai persamaan yang sama seperti grid. Bentuk ini mengalami perkembangan kerana pembangunan yang dijalankan tidak tertumpu kepada satu bahagian kawasan atau petak sahaja. Pembangunan yang dijalankan akan berkembang masuk ke garisan lain yang lurus dan tersusun. Rupabentuk amat mudah dalam penyediaan dan mempunyai bentuk yang dipenagruhi oleh topografi bandar tersebut. Keadaan ini mewujudkan keadaan jalan yang bersimpang secara tidak sekata.



                   vi.        Lingkaran

Perbentukan bandar daripada lingkaran ini wujud apabila terdapat satu sumber atau penumpuan yang luas. Sebagai contoh di kawasan tasik yang luas, terdapat bandar – bandar yang berkembang di tebingnya. Rekabentuk ini akan melingkari sesuatu kawasan dan bersambungan di penghujung lingkaran tersebut.
1.     BANDAR BERKEMBANG MENGIKUT ANAK PANAH MELINGKARI KAWASAN TUMPUAN









                  vii.        Beranting

Bentuk bandar bagi jenis ini berkembang secara bercambah. Cara percambahan dari satu kawasan kepada beberapa kawasan lain dan dari setiap kawasan yang bercambah tadi cerkembang lagi kepada beberapa kawasan lain dan seterusnya. Keadaan ini membawa kepada perkembang di serata kawasan dan tidak mempunyai sempadan atau lingkaran yang tersendiri. Rekabentuk ini akan bersambungan dengan bandar yang lain kerana perkembangan yang tiada sempadan. 



                viii.        Satelit

Rekabentuk satelit adalah rekabentuk yang akan mewujudkan bandar baru. Bandar ini terjadi akibat bandar utama yang mendapat pembangunan yang pesat. Apabila pembangunan sedia ada di pusat  bandar tidak mampu untuk menjalankan lagi pembangunan baru, pembangunan tersebut akan dijalan kan di bandar lain yang terdekat untuk meningkatkan lagi perkembangan bandar di kawasan tersebut. Pembangunan yang baru dapat diserakkan ke kawasan lain yang masih lagi belum dibangunkan. Bandar utam menjalankan aktiviti-aktiviti utama yang memberikan perkhidmatan kepada bandar-bandar satelit yang lain  Keadaan ini membawa kepada hubungan bandar utama dengan bandar satelit yang saling sokong menyokong antara satu sama lain.


4.    Lynch identified 5 elements that project  the image of a city. With the aid of sketches and examples, identify and explain these elements. 

                      i.        Laluan

Laluan adalah ruang untuk pengguna  bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Contoh laluan yang dibincangkan oleh Lynch adalah jalanraya, laluan pejalan kaki dan landasan keretapi.  Laluan adalah apa yang di bayangkan oleh pengguna untuk mendapatkan keadaan sebenar destinasi yang mereka tuju. Laluan juga menjadi perkara yang penting dalam pengguna untuk merancang elemen yang wujud dalam pemikiran mereka. 


                    ii.        Mercu tanda

Mercu tanda merupakan satu bentuk fizikal yang turut memberi kepada identiti sesebuah bandar. Mercu tanda dibina untuk mengingati sesuatu keadaan atau tanda bagi sesuatu kawasan tersebut. Kebiasanya mercu tanda dapat dilihat melalui pembinaan menara, kubah masjid, bukit dan sebagainya. Mercu tanda ini tidak semestinya untuk menandakan kawasan tersebut sahaja tetapi boleh mencerminkan tema dan konsep bandar tersebut. Maka tidak hairan jika  terdapat bandar yang membina mercu tandanya terlebih dahulu sebelum pembangunan lain di bandar baru tersebut. Sebagai contoh ialah di Putrajaya yang telah membina mercu tandanya pada tahun 1995 sedangkan purata pembangunannya siap pada tahun 1998.

                   iii.        Daerah

Daerah ialah elemen yang sederhana dalam sesuatu bandar yang mempunyai ciri-ciri yang tidak boleh dikenalpasti oleh pengguna. Ini disebabkan oleh corak rekabentuk bangunan yang berlainan yang diletakkan dikawasan dalam daerah tersebut. Sesuatu daerah boleh dikenalpasti berdasarkan keadaan luar daerah tersebut. Daerah boleh dikenalpasti berdasarkan identiti yang dipilih sendiri oleh kawasan tersebut.

                   iv.        Titk tumpuan

Titk tumpuan adalah tempat yang digunakan untuk menjadi tumpuan manusia yang datang. Ciri-ciri titik tumpuan adalah tempat untuk pengubahan dan simpang pertukaran. Berbeza dengan mercu tanda kerana titik tumpuan adalah tempat yang menjadi tumpuan dan menjadi pusat kepada sesuatu bandar tersebut. disini akan berlaku interaksi sosio masyarakat baik dari sudut ekonomi mahupun budaya.

                    v.        Sempadan

Sempadan bukanlah perkara yang digunakan sebagai ruang pejalan kaki atau ruang sebagai penyambung dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Sempadan sebagai tanda untuk membezakan kawasan lain dengan yang lain. Biasanya sempadan dapat diwujudkankan melalui pembinaan jalan, landasan dan lain-lain. Terdapat juga sempadan berteraskan ciri semulajadi seperti sungai dan bukit.

No comments: