01 November 2010

UNJURAN PERUMAHAN

1.0  PENDAHULUAN

Rumah merupakan keperluan asas bagi setiap manusia. Penyediaan perumahan perlulah seiring dengan permintaan (housing need) agar tidak berlaku lebihan perumahan atau sebaliknya.Oleh itu, satu ramalan awal perlu dibuat agar penyediaan perumahan yang optimum dapat dibuat. Ramalan ini berbentuk kuantitatif dan melibatkan permintaan dan penawaran perumahan pada julat masa tertentu.

Ramalan ini lebih dikenali sebagai unjuran yang merupakan dugaan atau tekaan tentang apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Biasanya, unjuran ini dibuat bagi jangka masa panjang iaitu 5 tahun, 10 tahun, 15 tahun dan sebagainya.

Semua unjuran ini mestilah melibatkan tahun asas dan unit perumahan semasa. Perkara ini penting agar unjuran yang dibuat seiring dengan keadaan semasa. Dari sudut lokasi, setiap kawasan mempunyai unjuran perumahan yang berbeza. Hal ini berikutan keperluan perumahan di kawasan bandar adalah berbeza dengan kawasan luar bandar.

2.0  UNJURAN PERUMAHAN

Unjuran perumahan merupakan sejenis ramalan yang berbentuk teknik kuantitatif dalam meramal jumlah rumah pada masa akan datang. Ramalan atau unjuran perumahan ini merupakan tekaan tentang apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Biasanya unjuran ini dibuat bagi jangka masa 5 hingga 20 tahun. Unjuran ini adalah bagi menentukan unit rumah yang perlu disediakan pada masa hadapan

Semua maklumat unjuran ini akan digunakan oleh pihak kerajaan sebagai asas dalam merancang sesuatu kawasan dan peruntukkan kewangan yang perlu disediakan. Tidak terkecuali digunakan oleh pihak swasta terutama pemaju – pemaju perumahan bagi membangunkan tanah mereka.

3.0  TUJUAN PENYEDIAAN UNJURAN PERUMAHAN

Penyediaan unjuran perumahan ini sentiasa dibuat baik pada peringkat kerajaan persekutuan, negeri mahupun pihak berkuasa tempatan. Hasil kajian mengenai unjuran ini dapat dilihat didalam Rancangan Struktur Negeri (RSN), Rancangan Tempatan Daerah (RTD) dan Rancangan Kawasan – kawasan Khas (RKK). Hasilnya, dasar perumahan dapat dibentuk seiring dengan unjuran perumahan yang diperolehi.

Secara amnya, tujuan penyediaan unjuran perumahan ini adalah seperti berikut :

3.1  Mengetahui keperluan perumahan (housing need) yang diperlukan rakyat

Rakyat malaysia kian bertambah dari tahun ketahun. Pertambahan ini akan mengakibatkan keperluan perumahan turut meningkat ditambah pula dengan gaya hidup masyarakat pada masa kini yang lebih berminat untuk mempunyai rumah sendiri daripada tinggal bersama ibubapa mereka selepas berkahwin.

Oleh yang demikian, kerajaan perlulah membuat unjuran perumahan ini agar pembangunan perumahan dapat dibuat mengikut keperluan semasa rakyat. Dengan ini masalah kekurangan rumah tidak akan timbul disamping mencegah daripada berlakunya lebihan unit rumah.

3.2  Meningkatkan pertumbuhan penduduk di sesuatu kawasan

Pembangunan sesuatu kawasan menyebabkan berlaku migrasi masuk penduduk baik untuk berkerja mahupun belajar. Migrasi ini akan melibatkan keperluan perumahan akan bertambah secara mendadak.

Bagi mengatasi masalah ini, unjuran perumahan perlulah dibuat agar unit rumah yang diperlukan dapat ditentukan sekaligus membantu dalam merancang pembangunan perumahan di kawasan tersebut.

3.3  Mengetahui kadar pertumbuhan penduduk di kawasan tertentu pada masa tertentu

Melalui unjuran ini, kadar pertumbuhan penduduk dapat ditentukan berdasarkan unit rumah sediada dan akan datang. Secara amnya, di Malaysia sebuah rumah dihuni oleh 5 orang. Jika maklumat perumahan dapat dibuat maka bilangan penduduk juga dapat ditentukan pada masa tertentu.

3.4  Menjayakan dasar kerajaan bagi membolehkan setiap rakyat memiliki rumah (setinggan 0%)

Kerajaan memandang serius masalah perumahan sejak sebelum merdeka lagi. Bagi mencapai Wawasan 2020, setiap rakyat mestilah mempunyai rumah yang sempurna dan lengkap dengan keperluan asas iaitu, air, elektrik dan pembentungan.

Dengan ini, unjuran perumahan dibuat dan rumah yang siap dibina dapat dijual kepada rakyat terutama kepada mereka yang tinggal secara setinggan di bandar – bandar besar.

3.5  Rujukkan dalam penyediaan bajet negara oleh kerajaan dalam industri perumahan seperti pembinaan

Unjuran perumahan yang dibuat akan dijadikan asas kepada penentuan bajet kerajaan dalam mengawal pembangunan perumahan. Hal ini juga melibatkan sektor – sektor yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung seperti sektor pembinaan, kewangan dan sebagainya.

Dengan ini, rumah yang bakal dijual akan berada pada harga yang mampu dibeli rakyat terutama kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

4.0  FAKTOR – FAKTOR YANG DIAMBILKIRA DALAM UNJURAN PERUMAHAN

Bagi membuat unjuran perumahan, sudah semestinya mempunyai faktor tertentu yang menjadi pembolehubah. Faktor – faktor ini menjadi asas dalam membuat unjuran perumahan.  Terdapat empat faktor utama yang diambilkira dalam unjuran perumahan iaitu :
4.1  Pertambahan penduduk dan isi rumah

Faktor ini terlibat secara langsung dalam pembentukkan polisi perumahan negara. Keadaan ini menunjukkan perkembangan kemajuan dan penduduk disesuatu kawasan sekaligus membawa kepada keperluan penyediaan perumahan. Hal ini kerana pertambahan penduduk berkaitan dengan demografi dan sosio-ekonomi semasa penduduk.

Secara ringkas, semakin bertambah penduduk semakin bertambah keperluan perumahan. Keadaan ini lebih jelas dengan cara hidup keluarga nuklear dan perkembangan proses urbanisasi.

Cara mengira keperluan perumahan bagi faktor ini :

Keperluan perumahan = Pertambahan penduduk

Pertambahan penduduk   = isi rumah (unit rumah)
                                          = saiz isi rumah (5.0 / unit rumah)
                                          = Bilangan isi rumah bagi setiap unit rumah (5 X isi rumah)

Pertambahan isi rumah, E=   1p  
                                              K(Hs)
E  = Pertambahan isi rumah
P  = Isi rumah tahun semasa (kawasan)
K  = Bilangan isi rumah dalam satu unit rumah (1.0)
Hs= Saiz rumah (5.0)
Ø  Jumlah perumahan yang diperlukan = (1+2+3+4+5)
     = 15 unit rumah
4.2  Kekurangan perumahan (Backlog)

Kekurangan perumahan  atau lebih dikenali sebagai “backlog” ini bermaksud bilangan rumah yang diperlukan tahun terdahulu tetapi tidak dibina. Oleh yang demikian, rumah tersebut perlu ditambah dalam pembangunan perumahan tahun semasa.

Pendekatan ini digunakan oleh pihak kerajaan bagi menentukan keperluan dan bilangan unit rumah yang disediakan di sesuatu tempat atau daerah. Kaedah ini juga memberi maklumat terhadap pengeluaran perumahan dalam sistem penawaran dan permintaan untuk memenuhi stok perumahan semasa.

Cara menentukan berlakunya kekurangan perumahan (backlog)

Isi rumah semasa : Unit rumah sediada = A/B

A = Isi rumah semasa                   : 20 000
B = Unit rumah sediada                : 15 000

      Backlog = 1.3 (5000 orang)
      >  1.0     = backlog
      (Minima backlog = 1.0)

Jika backlog > 1 maka kawasan tersebut mengalami kekurangan perumahan

4.3  Kadar penghunian

Kadar penghunian ini ditentukan melalui bilangan isi rumah yang tinggal dalam satu unit rumah. Dalam penambahan isi rumah ini, faktor demografi dan sosio-ekonomi memainkan peranan penting.

4.4  Kehilangan stok penghunian

Kehilangan stok penghunian ini adalah disebabkan oleh kehilangan disebabkan bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, rebut dan sebagainya. Terdapat juga kehilangan disebabkan kecuaian manusia itu sendiri seperti kebakaran dan faktor keadaan rumah yang sudah usang.

Kehilangan ini perlu diganti melalui dua kaedah iaitu penggantian biasa dan penggantian segera

a)    Penggantian biasa (keperluan biasa)

Model unjuran ini digunakan oleh Pertubuhan Bangsa – bangsa Bersatu (PBB) bagi menentukan rumah yang perlu diganti akibat bencana seperti banjir, peperangan, tanah runtuh dan sebagainya. Cara ini dapat memberi maklumat penting dalam unjuran perumahan (Housing Forecastin) bagi setiap tahun.

Cara menentukan unit rumah bagi penggantian biasa (contoh)

Penggantian biasa      = 2% kadar tahunan
Isi rumah                     = 20 000

Penggantian biasa      = isi rumah X 2% X backlog (jika ada)
                                    = 20 000 X 2%
                                    = 400 (penggantian biasa yang perlu disediakan)

b)    Penggantian segera

Pendekatan model ini penting dalam menentukan bilangan rumah yang perlu diganti segera. Rumah – rumah ini merupakan rumah usang, buruk, sesak dan sebagainya.

Kaedah ini menggambarkan keperluan penggantian segera bagi meningkatkan kualiti kehidupan. Dengan ini, pendapatan isi rumah tidak sepatutnya diambilkira.

Cara bagi kaedah penggantian segera (contoh dari Jabatan Statistik Perumahan Negeri Perak)

Penggantian segera = Unit rumah rosak

36 unit rumah buruk di Daerah Perak Tengah
Maka 36 unit rumah perlu diganti

5.0  UNJURAN UNIT PERUMAHAN DI MALAYSIA PADA TAHUN 2009

Di Malaysia, sehingga 31 Julai 2009 penduduknya seramai 28.31 juta orang dengan purata isi rumah ialah 4 orang bagi sebuah rumah. Dengan adanya maklumat ini, unjuran perumahan dapat ditentukan melalui kaedah berikut :

Jumlah penduduk             = 28.31 juta orang
Jumlah isi rumah  = 4

Jumlah rumah yang perlu ada = 28.31 juta / 4
                                                  = 7 077 500 unit rumah

      Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia

6.0  KESIMPULAN

Secara Keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa unjuran perumahan ini merupakan satu keperluan dalam menentukan bilangan unit rumah yang perlu disediakan dalam tempoh masa tertentu. Unjuran ini penting bagi semua pihak samada kerajaan mahupun pemaju perumahan. Dengan adanya unjuran ini dapat mengatasi masalah setinggan (rumah tidak cukup) dan rumah tidak dapat dijual (rumah terlalu banyak).

4 comments:

iqemal said...

ni nota Pn. Norshida Abdullah ...
kang dia marah gne notes Lec dia ....
jgn marah ...
nnt cepat tua ....

Anonymous said...

good job nizam...aku dpt mklumat sal housing..tq

amie said...

Pertambahan isi rumah, E= 1p
K(Hs)
E = Pertambahan isi rumah
P = Isi rumah tahun semasa (kawasan)
K = Bilangan isi rumah dalam satu unit rumah (1.0)
Hs= Saiz rumah (5.0)

1 tu refer utk apa?

CELESTINO ARTURO said...

Mr pedro dan perusahaan pinjamannya telah sangat membantu perusahaan kami dengan menyediakan jalur kredit untuk pertumbuhan bisnis agro kami yang berkelanjutan, saya sangat senang bahwa perusahaan saya bangkit kembali dengan bantuan pedro, petugas pinjaman yang memberikan saya $8,000,000.00 untuk pinjaman bisnis. mr pedro dan perusahaannya juga memberikan jumlah pinjaman kepada individu atau perusahaan yang mencari cara untuk memperluas atau melaksanakan proyek mereka dengan bunga rendah 2 tahunan kembali. hubungi mereka untuk mendapatkan pinjaman bisnis Anda, pinjaman pribadi, pinjaman pedagang, pinjaman awal, pinjaman mobil, pinjaman rumah. di pedroloanss@gmail.com teks whatsapp: +18632310632 semoga berhasil"